PENYAKIT ALZHEIMER
Penyakit Alzheimer ialah bentuk penyakit nyanyuk
(dementia) paling umum yang dialami oleh manusia berusia 65 tahun dan ke
atas. Ini bukan sebahagian daripada proses penuaan normal, tetapi
penyakit yang menyebabkan kehilangan progresif sel saraf otak.
Memandangkan sel saraf ini penting untuk pemikiran normal, daya ingatan
dan fungsi otak, mereka yang menghidap penyakit Alzheimer mengalami
kemerosotan fungsi otak yang mengganggu kegiatan harian normal mereka.
Secara beransur-ansur, pesakit
Alzheimer hilang keupayaan mereka untuk melakukan kegiatan harian paling
asas seperti memberus gigi, memakai pakaian, mandi dan lain-lain. Pada
akhirnya, keupayaan mereka untuk berjalan dan bercakap juga mungkin
terjejas atau hilang sama sekali.
Dikenali sebagai penyakit ' The Long Goodbye ',
penyakit ini lazimnya meliputi tempoh lebih 10 hingga 20 tahun.
Walaupun penyelidikan intensif dijalankan kebelakangan ini, penyakit
Alzheimer masih belum difahami sepenuhnya dan tiada penawar yang
diketahui, lantas pengesanan dan rawatan awal merupakan satu-satunya
pilihan untuk menguruskan penyakit dengan berkesan.
MENJEJASKAN DAYA INGATAN
Perkara
yang sering dikhuatiri ialah kepatuhan pengambilan ubat kerana penyakit
Alzheimer menjejaskan daya ingatan seseorang. Pesakit mungkin lupa
mengambil ubat atau terlupa mereka telah mengambil dos.
Maklum balas daripada para penjaga pesakit menunjukkan bahawa sering kali, pesakit enggan mengambil ubat kerana berpendapat mereka tidak menghidap sebarang penyakit.
mengambil ubat atau terlupa mereka telah mengambil dos.
Maklum balas daripada para penjaga pesakit menunjukkan bahawa sering kali, pesakit enggan mengambil ubat kerana berpendapat mereka tidak menghidap sebarang penyakit.
Alzheimer merupakan penyakit
nyanyuk yang biasa menyerang warga emas. Mengikut statistik Asia
Pasifik, penghidap penyakit ini telah mencecah 18 juta orang. Lebih
kurang 60,000 orang di Malaysia merupakan penghidap Alzheimer. Dijangka
pada tahun 2020, angka ini akan berganda kepada 120,000 orang.
Berkorban masa dan tenaga menjaga warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk bukanlah satu perkara mudah. Alzheimer adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit.
Berkorban masa dan tenaga menjaga warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer atau nyanyuk bukanlah satu perkara mudah. Alzheimer adalah sejenis masalah kesihatan yang memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit.
Risiko untuk menghidap Alzheimer, penyakit yang sinonim dengan warga tua ini, meningkat seiring dengan pertambahan usia.
RISIKO DAN SIMPTOM
Sebaik sahaja menusia mencecah 20
tahun, proses kematian sel-sel di dalam otak mula berlaku dan
menyebabkan otak mengecut. Kemusnahan sel-sel otak secara berterusan
menyebabkan kualiti daya ingatan semakin berkurangan.
Individu yang berisiko untuk
mendapat penyakit ini ialah seseorang yang menghidap hipertensi apabila
mencecah usia 40 tahun ke atas, penghidap diabetes, kurang melakukan
senaman, paras kolesterol yang tinggi dan faktor keturunan iaitu
mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit ini pada usia lingkungan
50-an.
Simptom dementia yang paling awal
adalah menjadi pelupa terutama mengenai perkara penting dan dilakukan
setiap hari. Mereka perlu dibawa berjumpa doktor bagi menjalani
pemeriksaan bagi mengesahkannya.
Dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk.
Dementia merujuk kepada sekumpulan gejala yang berkaitan dengan hilang ingatan, berlaku secara perlahan-lahan tanpa disedari tetapi akhirnya boleh menjadi bertambah teruk.
Akibatnya, seseorang sukar
mengingat sesuatu dan menjejaskan keupayaannya untuk berfikir dengan
baik hingga boleh mengganggu aktiviti normal dan rutin seperti makan dan
menguruskan kebersihan diri.
Selain kemerosotan pemikiran, pesakit turut mengalami perubahan dari segi personaliti dan tingkah laku serta perasaan mereka.
Selain kemerosotan pemikiran, pesakit turut mengalami perubahan dari segi personaliti dan tingkah laku serta perasaan mereka.
Antara simptom lain dementia ialah
lupa perkara yang sering dilakukan, cepat penat, sukar membezakan masa,
tempat dan orang, hilang daya logik, pelupa, tidak mapu melakukan
kegiatan harian dan menyiapkan diri sendiri, tidak boleh menumpukan
perhatian, susah mengingat perkataan ketika bercakap dan sukar menamakan
objek.
Selain itu, pesakit Alzheimer
sering tertekan, merepek, tidak sabar, sukar membezakan masa dan yang
paling teruk ialah mereka gagal mengawal ketika membuang air kecil atau
besar, tidak mampu berfikir, bercakap dan bergerak malah terdapat juga
penghidap Alzheimer hilang sifat malu dan bercakap mengenai hal yang
boleh memalukan keluarga atau bertelanjang di tempat umum.
DIAGNOSIS AWAL
Sekiranya
pesakit mendapat rawatan pada peringkat awal, ia sekali gus mampu
mengurangkan masalah penjagaan yang membebankan ahli keluarga.
Mengesan gejala Alzheimer pada
peringkat awal merupakan satu kelebihan. Doktor boleh memberi panduan
tentang tanda-tanda awal dementia. Jika pesakit benar-benar disahkan
mengidap Alzheimer, keluarga pesakit mempunyai lebih masa untuk membuat
rancangan pada masa depan.
Rawatan boleh dilakukan awal dan ia lebih efektif.
Ketika
diagnosis dijalankan, doktor memerlukan maklumat pesakit daripada
keluarga dan kawan-kawan, ujian fizikal dan neurologikal serta ujian
makmal. Selain itu, doktor akan melakukan ujian neuropsikologikal di
samping melakukan imbasan imej menggunakan CT atau Magnetic Resonance Imaging (MRI). Katanya, imbasan PET merupakan langkah utama untuk mendapatkan maklumat.
ALPHA LIPID LIFELINE membantu ramai pesakit alzheimer
SEJARAH
Mengimbas sejarah
Alzheimer, penyakit ini ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907 ini,
dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau. Dementia boleh dibahagikan
kepada dua, pertama dementia berbalik ( reversable ) yang boleh
dikawal dan kedua tidak berbalik iaitu kekal. Hasil daripada bedah
siasat terhadap seorang wanita, Dr. Alzheimer mendapati otak wanita
tersebut bukan saja mengecut malah, dipenuhi dengan gumpalan protein
yang luar biasa yang dipanggil plak amiloid dan serat yang
berbelit-belit ( neuro fibrillary ).
PANDUAN BAGI PENJAGA
PANDUAN BAGI PENJAGA
Berikut merupakan sedikit panduan bagi keluarga yang ingin menangani ahli keluarga mereka yang menghidap Alzheimer :
Selalulah bergurau senda dengan mereka kerana warga emas yang nyanyuk cenderung menyimpan kemahiran bersosial mereka.Sebagai orang yang lebih muda, wujudkan mood positif ketika berbual-bual dengan mereka. Berinteraksilah dengan mereka dengan bahasa yang lembut dan sopan sebagai tanda hormat.
Ingatilah masa-masa indah yang pernah dilalui bersama mereka kerana kebanyakan pesakit nyanyuk tidak mengingati apa yang telah berlaku dalam tempoh 45 minit.Ketika berbual-bual dengan mereka, wujudkan suasana tenang. Elakkan bunyi bising seperti telefon bimbit dan radio. Perkenalkan diri anda dan jelaskan hubungan anda dengannya sambil menyentuh tangan dan bahunya.Berbual-bual dengan mereka dengan menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami. Kita perlu faham bahawa golongan ini mudah tersentuh. Jadi, anda tidak perlu meninggikan suara. Cukup sekadar bahasa yang jelas dengan nada rendah.Pesakit nyanyuk biasanya mudah lupa, jadi anda perlu bersabar setiap kali menunggu jawapan mereka.Wujudkan suasana yang bahagia dengan berbual sambil bercerita perkara lucu. Sekiranya mereka dalam mood sedih, cuba tukar persekitaran dan topik cerita.
Alzheimer
adalah penyakit yang biasanya menjangkiti para lansia dan ia ditandakan
dengan kesulitan bercakap, berjalan, dan demensia,. Dengan kemunduran
segala fungsi badan dan mengurangkan interaksi sosial, para pesakit
Alzheimer boleh mengalami penurunan kualiti hidup. Brainwave terbukti
memperbaiki fisiologi tubuh mereka yang bertanda cukupnya penyertaan,
senyuman, kenalan mata, dan maklum balas lisan untuk menyatakan
perasaan.
No comments:
Post a Comment