Thursday 28 February 2013

Bagaimana Lemak Badan Terjadi



MESTI TAHU: BAGAIMANA LEMAK BADAN TERJADI?

Makanan yang kita makan mencetuskan pelbagai tindak balas di dalam badan kita. Makanan yang tinggi dalam karbohidrat ditapis atau gulanya dipecahkan kepada gula ringkas yang dipanggil glukosa dan
diserap ke dalam darah dengan cepat. Badan bertindak balas kepada peningkatan glukosa darah ini, dengan melepaskan insulin yang cukup untuk mengeluarkan glukosa daripada darah dan memasukkannya ke dalam sel untuk tenaga, atau menyimpan untuk kegunaan kemudian. Cuba teka dalam bentuk apa ianya sering disimpan? Ya betul, lemak!

So, jaga permakanan yg sihat, amalkan makan lauk2 kaya dengan protein dan sayur! dan minum Alpha Lipid SD II

PERUMPAMAAN UNGGUN API
Bayangkan macam nie pembakaran lemak sama dengan buat unggun api :)

Wajib ada...
Protien+Carb (makanan) = kayu api
metabolisme badan = Api (kekuatan bergantung kepada faktor umur)

Perlu ada...
Alpha Lipid SD2 = minyak tanah (pemangkin)
Workout = kipas (angin)

Semua di atas adalah perlu untuk pembakaran lemak yg effective. Jangan risau..Kami akan bimbing anda sepanjang anda berdiet dalam group testimoni kami

PM inbox sy kat message box

Friday 22 February 2013

Pernah Rasa Tembikai Biru??



Tembikai ini dipanggil Moon Melon , secara saintifik nya dikenali sebagai  'Asidus'. Tembikai Biru ini ditanam dibeberapa kawasan di Jepun ,dan ia terkenal dengan warnanya yang biru. apa yang pelik nya yang mungkin anda tidak ketahui tentang tembikai biru ini ialah ... ia boleh menukarkan rasa selepas anda makan. Semua makanan yang anda makan masam akan rasa manis, dan makanan masam rasa pahit, air akan rasa seperti oren. Tetapi buah ini agak mahal. Harga dalam yen ¥16000 JPY (iaitu dalam ringgi malaysia  RM530.00).

Agak-agak boleh tanam tak di Malaysa ni. ?? 

Sunday 17 February 2013

Bahaya Air Masak Kepada Bayi 6 Bulan kebawah.



BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN

Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

♥♥ Da habis baca, Jgn lupa tekan share ye.. sama2 kite sebarkan info berguna ni pada ibu/bapa muda yg 1st time nk smbut bby ♥♥

Friday 15 February 2013

Kepada Peniaga Online dapatkan RM1000.00. Mohon sekarang jg.


( GMBO) Geran Get Malaysian Business Online SKMM RM 1,000.Mohon Sekarang!


gmbo get malaysian business online daftar 
Get Malaysian Business Online (GMBO) : Bagi para usahawan mikro, terutamanya pada kaum wanita yang ingin meluaskan perniagaan anda ke internet, Kerajaan Malaysia ada menyediakan geram RM1,000 untuk anda.

Get Malaysian Business Online (GMBO)


gmbo get malaysian business online
Apa yang dimaksudkan dengan Get Malaysian Business Online ini? Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak. Dana sebanyak RM 50 juta akan diberikan bermula dari 1 Janauri 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga dana habis digunakan.

Syarat-Syarat & Kelayakan Memohon Get Malaysian Business Online (GMBO)

  1. Anda mestilah Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Mempunyai Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Menmpunyai pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Mempunyai Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Cara Memohon Geran Get Malaysai Business Online (GMBO)

  • Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.
  • Permohonan yang diterima akan mengambil masa 30 hari selepas proses pendaftaran
  • Setiap usahawan / syarikat / perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.

Cara Pengagihan Geran Get Malaysian Business Online (GMBO)

  • Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.
  • Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.
Sekiranya, anda mempunyai apa-apa pertanyaan berhubung dengan pendaftaran atau masalah teknikal mengenai Get Malaysian Business Online ini, anda boleh merujuk kepada :
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.
Bagi anda-anda yang diluar sana, yang ingin kembangkan perniagaan anda melalui jualan di atas talian, kami amat syorkan Geran GMBO ini kepada anda. Sekurang-kurangnya, dah ada tapak @batu loncatan untuk anda meluaskan rangkaian perniagaan.
Kami amat bersetuju dan berpendapat bahawa geran yang disediakan oleh Kerajaan ini, sememangnya boleh membantu ramai pengusaha dan usahawan internet, lebih-lebih lagi kaum wanita yang jadi suri rumah.Sekurang-kurangnya, ia boleh menambah pendapatan.

Follow blog sy untuk maklumat yang berguna ... tq!


Petua untuk mendapat anak kembar


Petua Untuk Mendapatkan Anak Kembar

1. Genetik - Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. Umur - Wanita yang berumur 35 hingga 40an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak - Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat Badan dan Ketinggian - Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet - Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. Pengambilan Ubat Kesuburan - Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

7. Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu. Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu, ia bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

والله أعلم بالصواب

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.

2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.

3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.

4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.

5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.

8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.

11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.

12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.

13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.

14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.

15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.

16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.

17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.

18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.

19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.

20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.

Untuk mendapat bayi kembar, nasihat doktor diperlukan terlebih dahulu. Ambil vitamin yang mengandungi folic acid, kalsium dan vitamin B6. Dari segi pemakanan, perlu lebihkan makan ubi kayu dan daging.

Sunday 10 February 2013

Mengapa perlunya ketosticks ni semasa program slimming.

Mengapa anda memerlukan Ketosticks?

Selamat pagi yuolz...

First, mari kita belajar sains sikit, apabila kita sedang menjalani program slim diet2 ini, lemak di dalam badan kita ini akan terurai kepada 3 komponen.
First yang akan di huraikan adalah karbohidrat dan gula. Seterusnya, lemak dalam badan sebagai karbon yang akan ditukarkan menjadi tenaga. Maka itu la kita harus makan untuk meningkatkan metabolisma . Tapi jangan ambil karbohidrat dan gula sementara waktu.
 

1) tenaga

2) ketone

3) air (dinyahkan melalui air kencing / peluh)

Jadi ketosticks ini berfungsi untuk menguji kehadiran ketone yang dinyahkan dr tubuh kita melalui urine.

Bagaimana untuk menggunakannya?

Ujian ketone boleh di lakukan pada hari ketiga selepas pengambilan slim diet 2. Biasanya ujian lebih efektif dilakukan pada waktu pagi.


Peraturan:
Jangan minum sd2 semasa period atau pun dalam pengambilan ubat perancang.  

1) ambil 1 strip ketostick dan celupkan bahagian yang ada kapas tu pada urine, tunggu sebentar utk melihat perubahan warna pada kapas tersebut,

Jika warna Putih : pembakaran lemak tidak terjadi (negative)anda telah mengambil karbohydrate secara berlebihan. Maka anda harus mengurangkan pengambilan karbohidrat utk hari2 berikutnya.

Jika warna Pink: pembakaran lemak terjadi secara optimum (positive). Teruskan program diet anda!!!

Jika warna Purple: anda kekurangan karbohidrat atau kekurangan air.


Kesimpulannya disini, anda mampu mengukur tahap pembakaran lemak anda setiap hari. Mudah kan? Program diet lain xder benda2 mcm ni.

Saturday 9 February 2013

Makanan rutin yang merbahaya

5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK




 1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.


 2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

 3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih

 4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

 5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

TIPS MENGENALI LELAKI YANG MASIH TERUNA!

Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna ( meskipun sekarang ni ternyata tak ramai dah ).. Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon kami akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok.. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Friday 8 February 2013

Petua Mengatasi Masalah Susah Tidur

Insomnia



Petua Mengatasi Masalah Susah Tidur

1. Jangan makan makanan berat pada waktu malam. Minum susu dan lakukan senaman ringan sebelum tidur.

2. Jangan menonton tayangan filem seram atau filem hantu sebelum tidur

3. Katil dan tilam anda mesti selesa

4. Anda perlu disiplinkan diri untuk menentukan waktu tidur dan bangun yang teratur

5. Jika anda susah tidur, bangun dan lakukan beberapa aktiviti ringan

6. Bangun pada waktu yang sama setiap hari tanpa mengira jumlah jam anda tidur

7. Jangan minum kopi atau teh sebelum tidur

8. Jangan biarkan otak anda berkecamuk dengan pelbagai masalah sebelum tidur

9. Jangan fikirkan hal-hal pejabat, bisnes, cinta dan bajet yang mungkin merunsingkan

10. Buah pala diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.
 Saya sarankan anda menggunakan makanan tambahan 
Alpha Lipid Sleep Time agar tidur anda sentiasa berquality dan bangun dengan segar dan cergas. 
info lengkap tentang Alpha Lipid Sleep Time


Thursday 7 February 2013

Petua untuk org yang kesunyian sebab ditinggalkan.


Apabila bersendirian, hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan seseorang yang pernah menghuni di hati. Khusus untuk kekasih, isteri atau suami yang baharu ditinggalkan atau yang masih membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan. Puas melakukan sesuatu diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang masih bersisa di ulu hati dan seribu satu gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang fokus dalam pelbagai perkara.

Jika anda masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut:

1. Mohonlah petunjuk daripada Allah s.w.t. supaya perkara lalu
itu dapat mematangkan diri. Anda juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat. Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadapNya.

2. Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil. Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda.

3. Semasa berpasangan, percutian biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasangan, perbelanjaan dan destinasi. Semua ini harus menepati cita rasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari sahaja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak. Namun, ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.

4. Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali saat bebas
ketika bersama mereka. Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda.

Wednesday 6 February 2013

CIRI2 INDIVIDU KREATIF






CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF (petikan dari Dato Dr. Maznah Hamid)

Pagi ni sy dijemput untuk bercakap di Kolokium Pengurusan Kewangan Kementerian Pertahanan.

Rasa bertuah sekali kerana dapat bersama
-sama dengan warga MINDEF yg segak beruniform dan nampaknya selari dengan operasi perniagaan saya.

Topik “INOVASI & TRANSFORMASI DIRI”. Suka saya kongsikan sedikit point-point yang akan diperkatakan nanti ..CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF.

# Individu kreatif adalah seorang yg merendah diri (humble) dan bangga diri (proud) dalam waktu yang sama.

# Kebanyakkan individu yg kreatif perasaan yg amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka, walaupun begitu mereka juga merupakan seseorang yg sangat objektif mengenainya.

# Individu kreatif adalah berani utk mencuba idea yg baru.

# Individu kreatif bersifat terbuka apabila menerima kritikan.

# Individu kreatif mempunyai kombinasi seorang yg suka bermain & seorang yg disiplin / seorang yg bertanggungjawab & tidak bertanggungjawab.

# Individu kreatif sering kali mempunyai kawalan diri yg baik.

# Individu kreatif, individu yg mempunyai matlamat tidak tergesa2 & membuat pertimbangan di dlm membuat keputusan

# Individu kreatif sanggup mengambil risiko yg dikenalpasti.


Perlu diingat, kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka.

 

Friday 1 February 2013

6 Khasiat Mandi Sebelum Subuh

6 Kebaikan mandi sebelum subuh



6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

 







1. Kulit lebih lembut dan halus

pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.


Penyakit Gastrik


PENYAKIT GASTRIK
-----------------------

SESEORANG yang menghidap penyakit GASTRIK atau dalam istilah perubatan disebut ‘Penyakit Peptik Ulser’, sering mengalami pedih ulu hati.Ia kerap berlaku dalam keadaan perut yang kosong, terutama pada waktu lewat malam atau awal pagi.

Kepedihan yang dialami oleh penghidap penyakit peptik ulser ini berbeza, tetapi berada dalam lingkungan sakit sedikit hingga kepada sakit yang teruk berdasarkan tahap penyakit yang dihidapi. Biasanya, apabila rasa pedih ulu hati menyerang, kebanyakan pesakit akan segera makan atau meminum sesuatu seperti susu atau makanan lain untuk melegakan kepedihan ini.

Seperti yang dikatakan, apabila muntah kita akan berasa lega. Sebenarnya, muntah juga membantu untuk melegakan rasa kepedihan.
Selain pedih ulu hati, kadangkala pesakit gastrik berasa sebu pada bahagian atas perut. Mereka juga sering mengalami jeluak dan sedawa. Ada juga kes yang dikategorikan sebagai teruk, pesakit akan buang air besar cair.

Penyakit peptik ulser adalah sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh asid di dalam sistem penghadaman perut. Ia merangkumi penyakit ‘Duodenal ulser’, ‘Gastric ulser’ dan ‘Refluks Oesophagitis’.

Ia berpunca daripada asid yang merosakkan dinding perut. Sebahagian daripada pesakit gastrik ini mempunyai kuman ‘Helicobacter pylori’ dalam perut mereka, yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid.

Komplikasi yang mungkin berlaku kepada pesakit peptik ulser atau gastrik termasuklah pendarahan, kebocoran dinding perut dan stenosis iaitu perut sumbat. Semua komplikasi ini dikategorikan sebagai teruk dan boleh mengancam nyawa.

Sekiranya seseorang itu mempunyai tanda penyakit gastrik boleh lah mencuba produk Alpha Lipid Lifeline untuk mengurang pedih perut anda.

ALPHA LIPID LIFELINE adalah penawar kepada penyakit gastrik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...