CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF (petikan dari Dato Dr. Maznah Hamid)
Pagi ni sy dijemput untuk bercakap di Kolokium Pengurusan Kewangan Kementerian Pertahanan.
Rasa bertuah sekali kerana dapat bersama-sama dengan warga MINDEF yg segak beruniform dan nampaknya selari dengan operasi perniagaan saya.
Topik “INOVASI & TRANSFORMASI DIRI”. Suka saya kongsikan sedikit point-point yang akan diperkatakan nanti ..CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF.
# Individu kreatif adalah seorang yg merendah diri (humble) dan bangga diri (proud) dalam waktu yang sama.
# Kebanyakkan individu yg kreatif perasaan yg amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka, walaupun begitu mereka juga merupakan seseorang yg sangat objektif mengenainya.
# Individu kreatif adalah berani utk mencuba idea yg baru.
# Individu kreatif bersifat terbuka apabila menerima kritikan.
# Individu kreatif mempunyai kombinasi seorang yg suka bermain & seorang yg disiplin / seorang yg bertanggungjawab & tidak bertanggungjawab.
# Individu kreatif sering kali mempunyai kawalan diri yg baik.
# Individu kreatif, individu yg mempunyai matlamat tidak tergesa2 & membuat pertimbangan di dlm membuat keputusan
# Individu kreatif sanggup mengambil risiko yg dikenalpasti.
Perlu diingat, kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka.
No comments:
Post a Comment