Petua untuk org yang kesunyian sebab ditinggalkan.
Apabila bersendirian, hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak
keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan
seseorang yang pernah menghuni di hati. Khusus untuk kekasih, isteri
atau suami yang baharu ditinggalkan atau yang masih membujang, kesepian
itu sering mengundang perasaan bukan-bukan. Puas melakukan sesuatu
diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang masih bersisa di ulu
hati dan seribu satu gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang
fokus dalam pelbagai perkara.
Jika anda masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut:
1. Mohonlah petunjuk daripada Allah s.w.t. supaya perkara lalu
itu dapat mematangkan diri. Anda juga lebih berhati-hati dalam
menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat. Ingatlah setiap
kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu
pengukur keimanan kita terhadapNya.
2. Jangan sesekali anda
berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang
wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya
kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa
depan lebih stabil. Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara
yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan
mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yang suka mengambil
kesempatan ke atas diri anda.
3. Semasa berpasangan, percutian
biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk bercuti bersama, terdapat
pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian
pasangan, perbelanjaan dan destinasi. Semua ini harus menepati cita rasa
anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari sahaja dalam
setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak. Namun, ketahuilah
ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti
tanpa perlu merujuk sesiapa.
4. Seperti kebanyakan lelaki atau
wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan
lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai
untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali saat bebas
ketika
bersama mereka. Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga
akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama
tidak bersua muka dengan anda.
tq for the info
ReplyDelete