Friday 15 February 2013

Kepada Peniaga Online dapatkan RM1000.00. Mohon sekarang jg.


( GMBO) Geran Get Malaysian Business Online SKMM RM 1,000.Mohon Sekarang!


gmbo get malaysian business online daftar 
Get Malaysian Business Online (GMBO) : Bagi para usahawan mikro, terutamanya pada kaum wanita yang ingin meluaskan perniagaan anda ke internet, Kerajaan Malaysia ada menyediakan geram RM1,000 untuk anda.

Get Malaysian Business Online (GMBO)


gmbo get malaysian business online
Apa yang dimaksudkan dengan Get Malaysian Business Online ini? Get Malaysian Business Online ialah inisiatif yang diumumkan dalam Bajet 2013 oleh Perdana Menteri bagi membantu 50,000 usahawan mikro terutamanya wanita untuk melonjakkan perniagaan atas talian. Geran RM1,000 akan diberikan kepada pemohon yang layak. Dana sebanyak RM 50 juta akan diberikan bermula dari 1 Janauri 2013 hingga 31 Disember 2013 atau sehingga dana habis digunakan.

Syarat-Syarat & Kelayakan Memohon Get Malaysian Business Online (GMBO)

  1. Anda mestilah Warganegara Malaysia berumur 18-65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita;
  2. Mempunyai Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
  3. Menmpunyai pendaftaran nama domain (.com.my/.my/.net.my/.edu.my/.org.my) dan laman sesawang yang aktif;
  4. Mempunyai langganan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau menjadi ahli berdaftar di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M);
  5. Mempunyai Akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan; dan
  6. Keutamaan kepada usahawan mikro – jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 5 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Cara Memohon Geran Get Malaysai Business Online (GMBO)

  • Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di www.skmm.gov.my atau di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang berdekatan.
  • Permohonan yang diterima akan mengambil masa 30 hari selepas proses pendaftaran
  • Setiap usahawan / syarikat / perniagaan hanya boleh memohon sekali sahaja.

Cara Pengagihan Geran Get Malaysian Business Online (GMBO)

  • Geran RM1,000 akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama usahawan/syarikat/perniagaan.
  • Geran akan disalurkan terus kepada usahawan/syarikat/perniagaan yang memohon melalui akaun bank yang didaftarkan.
Sekiranya, anda mempunyai apa-apa pertanyaan berhubung dengan pendaftaran atau masalah teknikal mengenai Get Malaysian Business Online ini, anda boleh merujuk kepada :
Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu gmbo@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013.
Bagi anda-anda yang diluar sana, yang ingin kembangkan perniagaan anda melalui jualan di atas talian, kami amat syorkan Geran GMBO ini kepada anda. Sekurang-kurangnya, dah ada tapak @batu loncatan untuk anda meluaskan rangkaian perniagaan.
Kami amat bersetuju dan berpendapat bahawa geran yang disediakan oleh Kerajaan ini, sememangnya boleh membantu ramai pengusaha dan usahawan internet, lebih-lebih lagi kaum wanita yang jadi suri rumah.Sekurang-kurangnya, ia boleh menambah pendapatan.

Follow blog sy untuk maklumat yang berguna ... tq!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...