Tahukah anda, sebanyak 40 peratus wanita Malaysia berumur lebih 30 tahun berisiko antara sederhana hingga tinggi untuk mengalami masalah kesihatan tulang yang lemah? Fakta ini satu angka yang membimbangkan apabila merujuk kepada keputusan Pemeriksaan Kesihatan Tulang. 

ALPHA LIPID 1 GELAS = SUSU BIASA 5 GELAS


Kesihatan tulang yang lemah biasanya dianggap sebagai ‘penyakit orang tua’, tetapi tulang mungkin menjadi semakin lemah bermula dari usia 30-an. Keadaan ini biasanya disebabkan kekurangan kesedaran terhadap apa yang boleh dilakukan untuk mencegah osteoporosis. Bagaimanapun, dengan mengamalkan gaya hidup yang aktif dan pengambilan kalsium yang secukupnya seperti pengambilan ALPHA LIPID LIFELINE , kadar kejadian osteoporosis dapat dikurangkan. 

 Kira-kira 40 peratus lelaki berumur lebih 30 tahun juga berisiko antara sederhana hingga tinggi untuk mengalami kesihatan tulang yang lemah, menjadikan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap tulang sihat lebih penting lagi.
Di samping itu, rakyat Malaysia menggunakan 74 peratus masa sehari mereka dengan melakukan aktiviti yang kurang aktif seperti duduk atau baring. Ini mungkin
meningkatkan risiko osteoporosis.

HILANG JISIM TULANG
Tidak kira betapa sihatnya anda, anda akan mula kehilangan jisim tulang setelah mencapai umur 30 tahun. Tulang ialah tisu hidup yang sentiasa terhapus dan terbina dengan sendirinya. 

Pembinaan semula tulang berlaku sepanjang hayat dan proses ini memastikan tulang diperbaiki daripada kesan aktiviti harian manusia. Selepas umur 30 tahun, tulang kita mula terhapus lebih pantas daripada ia terbina. 

Bagi wanita, proses penyerapan tulang menjadi lebih cepat selepas menopaus akibat kehilangan estrogen. Jisim tulang rendah yang disertai dengan peningkatan kadar penyerapan akan mendedahkan anda kepada risiko osteoporosis yang lebih tinggi.

 Osteoporosis ialah penyakit tulang menjadi kurang padat dan lebih mudah patah atau retak. Biasanya anda hanya mengetahui tentang osteoporosis apabila tulang anda patah atau retak dan ketika itu, sudah terlambat. 

Cara terbaik untuk melawan osteoporosis adalah dengan mencegahnya dari awal dengan membina dan mengekalkan tulang kuat melalui pemakanan yang sihat dan senaman yang mencukupi. Begitu juga dengan mencapai tahap paling hampir dengan jisim tulang maksimum.

 Jisim tulang maksimum biasanya dicapai sekitar umur 30 tahun. Pakar Ortopedik dan Trauma yang terkenal, Dr. Chin Chee Howe berkata, “Gaya hidup ramai lelaki dan wanita Malaysia mendedahkan mereka pada risiko terhadap osteoporosis – penyakit tulang menjadi semakin lemah dan menyebabkannya mudah patah. “Rakyat Malaysia mesti mengubah gaya hidup mereka dengan mengamalkan diet seimbang dan mengambil lebih banyak makanan yang kaya dengan kalsium serta sering bersenam untuk meningkatkan kesihatan tulang mereka,” katanya.

PELBAGAI SUMBER KALSIUM

Kalsium penting untuk mengekalkan kesihatan tulang. Anda mungkin fikir penambahan pengambilan kalsium sukar dilakukan, terutamanya jika anda tidak biasa mengambil susu sepanjang hidup anda. 

Tetapi, kalsium boleh datang daripada pelbagai sumber selain susu atau produk tenusu lain seperti keju dan yogurt. Makanan yang diperbuat daripada soya juga memberikan banyak kalsium. Sekeping taufu atau semangkuk taufu fah akan memberikan anda 150gram pengambilan harian kalsium. Dapatkan lebih soya dalam pemakanan anda dengan mencampurkan tempe dalam sayur goreng dan ambil susu soya dengan bijirin sarapan. 

Tidak banyak yang tahu bahawa sayuran berdaun berwarna hijau tua dan ikan bertulang lembut yang boleh dimakan ialah sumber baik bagi kalsium. Jadi, pilihlah kailan, pak choy dan sai yong choy apabila merancang menu anda. Masukkan ikan bilis dalam masakan anda. Sardin dalam tin boleh dimakan tulangnya, jadi makanlah sandwic sardin apabila terasa lapar.
Badan anda akan menggunakan kalsium yang diperoleh daripada pemakanan harian dan tidak akan mengambil kalsium dari tulang. 

Seperti akaun simpanan bank, lebih sedikit yang dikeluarkan dari simpanan, lebih banyak anda akan ada pada masa hadapan. Jadi, jika anda sudah melepasi waktu yang terbaik untuk menyimpan bagi tulang anda, anda masih dapat melindungi simpanan semasa dengan mengelakkan daripada menggunakannya sebaik mungkin. Mulakan langkah penjagaan tulang anda hari ini untuk mencegah tanda-tanda awal osteoporosis!

MUNGKIN TERASA BEBAN JUGA KALAU MENGHABISKAN 5 GELAS KALISUM SEHARI UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KALSIUM HARIAN KAN...?.. 


HANYA SEGELAS ALPHA LIPID SETIAP PAGI CUKUP UNTUK 5 GELAS SUSU KALISUM BIASA. 
1 TIN ALPHA LIPID = RM 180.00
TAWARAN RM 165.00 SAHAJA!!!