Ungkapan seperti "Sehari tak makan nasi, tak boleh hidup!" sering kita dengar. Hendak buat macam mana kalau nasi sudah menjadi makanan ruji kita. Akan tetapi, mengambil makanan tinggi karbohidrat dalam kuantiti yang banyak boleh mendatangkan masalah buat pesakit diabetis, obesiti dan penyakit lain. Ini kerana nasi (putih) tergolong di dalam karbohidrat yang bersifat glycemic yang sederhana dan masih mampu menaikkan paras gula di dalam darah dengan cepat.

RESEPI
Bukan tidak boleh memakan nasi. Pastikan kuantiti karbohidrat, protin dan lemak di dalam hidangan adalah seimbang. Cara paling mudah untuk menentukan sukatan adalah dengan menggunakan tangan anda iaitu sepenumbuk atau segenggam nasi sudah cukup. Jika anda masih was-was untuk mengambil nasi putih, ganti kepada beras perang adalah pilihan tepat.

Beras perang adalah beras yang tidak dikisar atau separuh dikisar dan sejenis biji-bijian semula jadi lengkap. Ia mempunyai perisa sedikit berkacang, adalah lebih kenyal dan lebih berkhasiat daripada beras putih. Berikut merupakan resepi yang menggunakan beras perang sebagai bahan asas. Boleh cuba di hujung minggu ini bersama keluarga.

BROWN RICE PILAF

BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang merah
1 biji cili benggala hijau
1 sudu minyak zaitun
1 setengah cawan beras perang
2 ulas bawang putih
1 setengah cawan air
1 cawan sup ayam
Setengah sudu daun thyme kering
Setengah sudu serbuk lada hitam

CARA MEMBUAT:
Tumis bawang merah dan cili benggala sehingga kekuningan. Masukkan beras perang dan bawang putih. Masak selama tiga hingga empat minit sehingga sedikit perang. Masukkan air, sup ayam, daun thyme dan lada hitam. Tutup penutup dan dimasak selama 35-40 minit. Kemudian dikacau menggunakan garfu supaya tidak melekat dan bergumpal.

BROWN RICE PUDDING

BAHAN-BAHAN:
2 cawan beras perang yang sudah dimasak
1 setengah cawan susu skim
Setengah cawan gula
1 sudu besar marjerin kurang lemak

CARA MEMBUAT:
Campurkan nasi bersama gula dan susu di dalam pan sehingga gula sedikit cair. Perlahankan api dan kacau selama 20 minit sehingga kelihatan seperti bubur. Akhir sekali, tutup api dan masukkan marjerin
** CREDIT TO MIDI