Saturday, 1 June 2013

AWAS! Masalah Senggugut .




Senggugut atau juga dikenali sebagai 'premenstrual dysphoric disorder' atau 'dysmenorrhea' merupakan gejala yang sering berlaku ketika haid oleh kebanyakan wanita masa kini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
1) senggugut primer (jenis biasa) atau
2) sekunder (disebabkan oleh penyakit).

Umumnya, tanda-tanda yang boleh dilihat akibat senggugut ialah kesakitan yang melampau sebelum kedatangan haid. Kesakitan akan dirasai di bahagian ari-ari dan pinggang. Ia merupakan masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita terutama ketika mereka meningkat remaja.

Keadaan ini dikenali sebagai 'primary spasmodic dysmenorrhea' dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Adakalanya, senggugut terjadi disebabkan oleh terdapatnya ketumbuhan iaitu fibroid di dalam saluran peranakan.

Senggugut kemungkinan tidak akan hilang walaupun setelah berkahwin dan melahirkan anak. Namun begitu, terdapat juga sesetengah wanita yang senggugutnya akan lenyap sebaik sahaja melahirkan anak.




Dari senggugut jadi endometriosis

Endometriosis
Jangan pandang ringan senggugut atau sakitketika haid, sama ada masih gadis atau wanita belum kahwin. Jika sudah kahwin pun masih lagi ada senggugut , ini munkin menandakan adanya penyakit endometriosis.

Pesakit ini telah kahwin lebih tiga tahun tapi tidak pernah hamil. setiap bulan akan mengalami senggugut teruk. Gambar dari teropong laparoscopy , rahim didepan dan usus dikelakang dan kelihatan ovary berwarna puteh dan didalam nya ada endometriotic cyst. Pada dinding rahim pula ada tumbuhan fibroid.


Lihat darah kotor warna coklat kehitaman, yang terkandung dalan endometriotic cyst dalam ovary (warna putih)


Kandungan endometriotic cyst - darah kotor- ia juga digelar dengan nama 'chocolate cyst'

Penyakit endometriosis merosakan organ2 peranakan. dalam pesakit ini ovary rosak, akibat dari reaksi inflammation/radagan, timbul adhesion dan scarring yang bolih melanda kilang ovary dan saluran fallopian dan dinding belakang rahim. Seringkali juga saluran benih/fallopian menjadi tersumbat atau sempit dan ini meyukarkan peroses percantuman benih lelaki dan telor permpuan.


Dalam situasi yang teruk , rahim menjadi rosak dan tumbuhan adenomyosis timbul menyebabkan senggugut yang amat sangat.



Adenomyosis, rahim bengkak macam 3 bulan mengadung. Lihat gambar diatas, saya belah rahim dan kelihatan dinding rahim jadi sangat tebal akaibat adenomyosis.


Sesiapa yang mengalami senggugut, sukar hamil atau sering gugur, perlu jumpa pakar sakitpuan utuk pemeriksaan dan scanning. Jika ada retroverted uterus, kemunkinan besar dia ada penyakit endometriosis. Bedah laproscopy adalah sangat penting untuk mengsahkan dan seterusnya merawat penyakit endometriosis, Kedudukan rarahim yg retroverted perlu diperbetulkan waktu laparoscopy , jika ada cyst . ia perlu dibuang, jika saluran sumbat perlu dibetulkan dengan 'tubal repair' dan jika ada adhesion perlu lakukan 'adhesionolysis' semuanya dilakukan sekali gus.


PENYELASAIAN DAN PENCEGAHAN >>> 

DAPATKAN HARI INI .. 

CALL - 014 2280 936 - ELINE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...