Thursday, 15 August 2013

ALPHA LIPID LIFELINE MAMPU MENGATASI GOUT



ALPHA LIPID LIFELINE MAMPU MENGATASI GOUT 


Kebanyakan Gout menyerang kaum lelaki dan amat jarang menyerang wanita dan kemungkinan berlaku pun hanya kepada wanita yang telah menapouse. Apabila Gout menyerang, kaki atau sendi akan berasa bengkak,amat panas,dan sakit sehingga menyukarkan untuk berjalan. Kesakitan ini akan berlanjutan selama beberapa hari dan hanya hilang setelah pengambilan ubat.  Gout telah wujud lebih 2000 tahun dahulu dan antara penyakit yang tertua, selain itu Gout juga turut dikenali sebagai penyakit orang-orang kaya, ini kerana ia sering dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiatnya.  Ia merupakan sebahagian daripada penyakit artritis yang juga dikenali sebagai penyakit metabolik akibat asid urik yang terjadi melalui hasil buangan daripada pemecahan protein, yang akan berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi terutama pada kaki dan ini yang menyebabkan kesakitan pada kaki.  Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang akan mencetuskan rasa sakit sendi atau masalah bengkak sendi dimana ia akan menular dari tapak ibu jari kaki ke sendi lain pada kaki dan tangan.  Menurut perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr. Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui, dan bagaimana individu yang menghidap kencing manis, obesiti malahan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat Gout.
-

TISU LEMBUT 
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; 1- asimptomatik (tiada simptom) 2- akut 3- interkritikal 4- kronik  Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba dan biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi. Manakala bagi peringkat kronik, serangan Gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil `polyarticular gout', di mana pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak,merah,panas dan demam.  Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil `tophi'. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar berkemungkinan akan pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.  Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan juga pergelangan tangan. Kesakitan ini boleh berlanjutan antara 5 hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Akibatnya, sendi yang diserang akan bengkak, merah dan panas.  Secara semula jadi, asid urik akan larut dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan akan menghasilkan terlalu banyak asid sehingga ia akan berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya hingga menyebabkan sendi bengkak dan sakit.  bagaimanapun, bukan semua sakit sendi adalah disebabkan oleh kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan juga pergelangan tangan - yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.
-
Waktu sepatutnya mendapatkan rawatan? 
Menurut Dr. Penafort ; apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak segera dirawat, masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.  Malah individu yang mengalami masalah seperti kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu perkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout.  Menurut beliau lagi, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.  Gout juga biasanya dikaitkan dengan tabiat pemakan tidak sihat dan seimbang. Namun dalam sesetengah kes, ia boleh diwarisi terutama oleh individu yang tidak mempunyai enzim untuk membuang asid urik.
-
MAMPUKAH ALPHA LIPID MENJADI PENAWAR GOUT?
Telah banyak testimoni yang ditemukan daripada pesakit Gout yang telah sihat hanya dengan pengambilan susu Alpha Lipid. Menurut rata- rata kebanyakan mereka, setelah pengambilan Alpha Lipid, proses pemulihan hanya berlaku dalam tempoh 2 minggu sahaja.  Untuk mereka yang di luar sana, jadikan Alpha Lipid sebagai makanan tambahan atau supplement/ minuman sarapan pagi anda yang terbaik. Dengan Alpha Lipid, bukan sahaja Gout, malah banyak penyakit lain yang boleh dihindari.

DAPATKAN DISCOUNT 15.00 HARI INI DENGAN BELIAN ALPHA LIPID LIFELINE UNTUK SEBARANG MASALAH PENYAKIT. PM SY TERUS TAU PUN SMS 0163685494 - MZ JAC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...