Friday, 30 August 2013

Ikan tidak bersisik mempunyai risiko kesihatan

RISIKO MEMAKAN IKAN YANG TIDAK BERSISIK
 Satu kajian di Jepun mengesahkan bahawa jenis ikan yang tidak bersisik membawa risiko yang tinggi kepada kesihatan. Samada ikan jenis dari laut atau sungai seperti patin dan keli atau ikan laut seperti pari(sekadar menyebut). Risiko ikan jenis tidak bersisik adalah kerana ia mengandungi kandungan RAKSA (MERCURY) yang tinggi dari ikan bersisik.

Ikan yang bersisik mempunyai sistem penghadaman yang menghalang penyerapan racun dan toksin ke dalam daging mereka.


 
 Ikan keli adalah contoh ikan tidak bersisik. Ikan pembangkai 
 
ini mempunyai sistem panghadaman yang menyerap toksin dari air. Ketam, lobster, kerang dan sotong tidak mempunyai sisik dan diketahui bertoksid tinggi. Mereka menyerap segala toksin secara semula jadi dari air di sekeliling mereka. Menarik juga untuk diketahui bahawa lobster dan ketam adalah krustasia yang merupakan sebahagian dari keluarga antropod, termasuklah lipas, labah-labah dan lipan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...